Thursday 17 November 2011

06:05 - No comments

Mari Jual TopUp di AIM!

...hahahaha! Saya tak sangka secara tiba - tiba inbox Blackberry saya menerima satu jemputan ke Anugerah Industri Musik (AIM) baru - baru ini di Bukit Jalil. Dengan secara spontan saya mengatakan YES! (eceh... ada gaya macam nak kahwin tak?). Berikut adalah sikap keterujaan saya :




Mula - mula cemburu apabila kawan - kawan dapat pegi. Nak ikut tapi tak ada tiket.

Tak lama kemudian, kawan rumah pula ajak!


Apabila berada di sana, persembahan paling best ialah daripada gabungan 3 Suara - Ning Baizura, Shila Amzah dan Jaclyn Victor.

3 Suara sedang bergabung!

Dengan sedikit kepakaran yang belum sepenuhnya diasah dalam bidang photographi, saya pun memetik beberapa keping gambar dengan kamera Canon DSLR yang belum beli lensa baru. Hasilnya pun dapatlah sekadar biasa - biasa saja dan dari jauh - jauh semata.

Nak lah juga bergambar dengan artis tapi punyalah susah. Saya dengan kawan dengan penuh semangatnya menunggu sehingga pukul 1.30am. Semuanya gara - gara saya! Nak bergambar katanya. Cuma setakat beberapa orang artis saya bergambar dirakam gambarnya. Itupun sudah cukup. Cuma agak ralat sebab tidak berkesempatan untuk bertemu dengan pujaan hati - Dato' Siti Nurhaliza (rasanya tak datang), Yuna (menang besar malam tu) dan Anuar Zain. Apa boleh buat, selepas majlis terus semua artis ni buat party di belakang pentas

Boring punya boring, mulalah hendak buat hal. Hehehe... jom jual top up!

Dah mula tunjuk aksi.

...hahahahaha! bye bye...

Monday 31 October 2011

02:43 - 2 comments

Hati & Jantungku Berdebar - Debar!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Sama ada kepada Penjejak – Penjejak saya mahupun kepada semua yang secara tidak sengaja melintas masuk dalam blog saya yang sangat banyak kekurangan ini. Yang pasti ini merupakan blog kedua saya setelah yang pertama J dan apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah tentang degupan di dada!

Memang perkara biasa kepada semua manusia di dunia, hati dan jantungnya akan berdebar – debar. Tiada yang pelik atau aneh bahkan memang tidak perlu diperbesarkan tetapi dalam kes saya ini, perasaan yang saya hadapi ketika ini sangatlah ajaib. Hati saya berdebar – debar selama dua tiga hari sejak kebelakangan ini!
Bermula dengan pertemuan dengan seorang rakan lama pada hari Sabtu yang lalu membuatkan saya memang tidur tak lena dan fikiran saya berterbangan. Pertemuan yang singkat itu (kurang 30 minit) tetapi memberikan satu perasaan yang luar biasa. Dan semenjak itulah hati dan jantung saya ini tidak pernah diam daripada berdebar – debar.

Mungkin ada yang beranggapan ianya berkaitan dengan cinta atau kahwin. Dan jawapan anda itu adalah salah! Topik perbualan tersebut walaupun berlangsung kurang dari satu jam namun impaknya sangatlah besar dan jika ia menjadi kenyataan akan merubah nasib saya buat selama – lamanya! Benarlah kata dari salah seorang blogger – peluang ini hanya akan datang sekali dalam seumur hidup!

Persoalan saya kepada anda semua – apakah kalian akan lakukan jika kalian diberikan satu peluang untuk mengubah nasib? Ya atau tidak? Balasan yang bakal saya terima pula ialah, apakah peluang yang ditawarkan itu? Baik atau tidak baik? Susah atau senang? Benar atau tipu? Kesemua ini akan berkisar – kisar di dalam otak anda sehingga anda berasa sangat lumat dan tidak berdaya untuk memikirkannya lagi. Sekali lagi pertanyaan ringkas saya – anda mahu mengubab nasib anda atau tidak kerana ini adalah peluang sekali dalam seumur hidup?

Untungnya persoalan itu diajukan kepada saya dan saya mengambil masa kurang dari tempoh pertemuan tersebut untuk mengatakan ‘YA’! Bagaimana saya boleh berkata ‘ya’ jika saya sendiri pun baru saja tahu dan tidak mempunyai apa – apa pengetahuan tentang hal tersebut?

Begini… ianya hadir dengan sendiri. Tiada paksaan ataupun pujukan. Yang diajukan adalah menggunakan kata – kata dari seorang rakan lama dan kepercayaan kita terhadap hal tersebut. Dan lebih penting, konsep untuk berubah dengan cara ‘mencuba dahulu, kemudian baru tahu’.

Bagaimana pula dengan modal dan keuntungannya? Modalnya ialah kepercayaan, kesabaran dan bertawakal. Manakala keuntungannya ialah kebebasan untuk hidup dengan lebih sempurna. Katakan siapa yang tidak mahu untuk hidup dengan lebih sempurna berbanding sekarang ini? Begitulah yang terjadi kepada saya. Saya ingin berubah dan perubahan itu sangatlah besar. Konsep cuba dulu baru tahu memang ada pro dan kontra. Dan bagi saya tidak salah mencuba bukan? Setiap percubaan pasti akan ada hasilnya.

Namun debaran ini sentiasa berterusan… apakah ia memberi makna sebaliknya? Sama – samalah kita menjejaki kesudahan debaran ini. Moga ianya membawa berita gembira.

Thursday 8 September 2011

08:30 - No comments

Salam Perkenalan!

Hai semua, salam ketemu dan salam perkenalan.

Dunia ini luas, dunia ini bulat tetapi dunia ini tetap kecil kepada kita semua. Setiap yang berlaku pasti ada soalan dan jawapannya. Begitu juga dengan saya. Inilah kali pertama saya menulis di sini maka mungkin inilah kali pertama juga kita bersua. Sama ada kita pernah ketemu atau tidak, itu kurang pasti.

Sebagai perkenalan, tiada yang menarik tentang diri saya. Yang menarik tentang saya ialah saya kurang menarik. Saya mempunyai pegangan sendiri - "I know I'm imperfect but I want you feel special when with me." (Walaupun saya tidak sempurna, tetapi saya mahu kamu semua rasa istimewa apabila bersama saya). Jadi, saya pasti kamu semua mengerti dan memahami siapa saya secara rawaknya.

Masih memerlukan bantuan kawan-kawan semua. Dunia penulisan blog memang sudah lama menjadi hobi tetapi disebabkan kekurangan ilmu dalam dunia maya begini membuatkan saya banyak menulis sekadar untuk simpanan dalam komputer riba saja. Harap, kawan-kawan di sini boleh memberikan tunjuk ajar agar saya lebih mahir dan lebih cekap.

Mengapa 'Jejak Empat'? Mmm... sebab saya obses dengan nombor empat (4). Kalau kawan-kawan Cina di luar sana mereka pasti hairan kenapa nombor empat juga yang saya suka. Bagi mereka nombor empat tak 'ong' dan tak selamat. Tapi bagi saya, nombor empat itu adalah suatu keistimewaan. Disebabkan obses dengan nombor empat ni jugalah saya pergi menonton wayang "I AM NUMBER FOUR" sorang sorang! Ternyata filem tu sangat best!! Sekurang-kurangnya berbaloi walaupun tengok sorang sorang.

Hehe... harap ruang perkenalan ini cukup untuk mengucapkan 'selamat berkenalan' kepada semua. :D

Jumpa lagi !